Ahlan wasahlan...

Ahlan wasahlan

pementasan yg cukup menarik oleh KTHO

KTHO telah mempertaruhkan naskhah dari Ismail Kassan.....iaitu Bukan Dejavu...
tau x naskhah bukan dejavu rupe2 nye...PEMENANG HADIAH PERTAMA SAYEMBARA SEMPENA 50 TAHUN KEMERDEKAAN ANJURAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA...hebatkan naskhah ni...
kelab teater prasada KTHO mmg berjaya dlm pementasan ni...2 jam ye...mmg akuy ucap syabas n tahniah la pada team produksi ni...penghayatan watak oleh setiap pelakon btul2 bgs...ni sinopsis cite ni... UKAN Dejavu berkisar disekitar diri Nora yang cemas menanti kepulangan anaknya dari melanjutkan pelajaran di New Zealand. Dalam resah rindu menanti kepulangan anak perempuannya Norma Hamim, Nora sebenarnya khuatir akan reaksi Hamima jika mengetahui realiti pekerjaannya. Dalam masa yang sama, posmen (Sulaiman ) cuba menyelamatkan Jamilah yang menjadi mangsa rogol ayah tirinya, Tahir. Jamilah pernah mengandung sebelumnya tetapi telah dikasari oleh ayah tirinya sehingga kandungannya gugur. Kandungan keduanya juga mahu digugurkan oleh ayahnya. Jamilah melarikan diri bersama adik lelakinya yang berusia enam tahun. Sulaiman telah membantu Jamilah.
Tahir adalah ketua gengster yang mengawal Kelab Karaoke Semarak Hati tempat Nora berkerja. Tahir yang mencari Jamilah mendapat khabar kononnya Jamilah menuju ke rumah Narti dan Nora pada malam kehilangannya. Tahir menghantar seorang penagih dadah untuk mendapatkan berita tentang Jamilah.
Yanto, Narti, Nora dan Pak Jamal sanggup membantu Jamilah sehingga dia selesai melahirkan anaknya. Mereka cmenyembunyikan Jamilah di rumah Nora. Yanto dan Pak Jamal begitu gembira menanti kelahiran anak Jamilah. Mereka berdua telah mensedekahkan seekor kambing sebagai aqiqah untuk anak Jamilah yang bakal lahir. Yanto meminta bantuan Parjo dan teman- temannya untuk menyembelih dan melapah kambing untuk dimasak kenduri.
Dalam kesibukan mereka membuat persiapan itu tiba-tiba muncul Norma. Nora terkejut kerana tidak menyangka anaknya tahu tempat tinggalnya malah Norma juga telah mengetahui tentang pekerjaan Nora yang sebenar. Pertikaman lidah. Norma malu kerana cerita bahawa dia adalah anak kepada seorang GRO telah tersebar luas dikalangan teman temannya diUniversiti. Egonya sebagai pemimpin tercabar.
Norma adalah presiden Islamic Student Propagation Centre, sebuah pertubuhan Dakwah pelajar pelajar Islam Antarabangsa di New Zealand. Norma telah melukakan hati Nora dengan kata-katanya yang pedas dan tajam. Mereka saling terluka. Norma meninggalkan rumah Nora menuju ke pekan bagaimanaoun terpaksa kembali semula ke rumah Narti kerana telah terlepas perkhidmatan bas terakhir.
Malam itu Nora pulang dengan hatinya yang terluka. Tanpa mengetahui bahawa anaknya Norma sedang menginap dirumah Narti, Nora telah bercerita bagaimana dia cuba untuk membunuh diri tetapi tidak tergamak. Atas rasa kecewanya itu dia hampir sahaja melafaskan perkataan anak derhaka dan tidak merelakan air susunya yang telah membesarkan anaknya itu. Nora sempat ditahan oleh Narti dan Salmi dari mengucapkan perkataan tersebut. Mendengar perbualan itu Norma benar-benar insaf dan memohon keampunan.
Jamilah pula mahu melahirkan anaknya. Tiada sesiapa pun yang berpengalaman menyambut kelahiran bayi kecuali Parjo yang merupakan seorang duda. Dia terpaksa memberikan arahan arahan verbal kepada Narti dan Salmi bagaimana mahu menyambut kelahiran bayi. Pada saat yang kritikal ini pelbagai kelucuan timbul bila Parjo cuba mengingat ingat semula bagaimana keadaan isterinya dulu melahirkan anak pertama mereka. Akhirnya anak kecil itu berjaya dilahirkan.
Dalam mereka bergembira menyambut kelahiran Jamil, Tahir telah muncul bersama dengan dua orang kawan gengsternya dan penagih dadah yang menjadi perisiknya.Tahir mengamuk lalu terjadi pergaduhan. Bagaimanakah Parjo,Narti, Salmi dan teman teman Parjo mempertahankan diri mereka dari perbuatan ganas si Tahir? Dapatkah mereka menyelamatkan Jamilah dan anaknya Jamil dari perbuatan ganas Tahir?...hahha sinopsis aku amek dari blog bukan dejavu sndiri...sblm ni ade dpntskn di istana budaya..hahah hebat2..
berbalik kite pada produksi KTHO ni..team ni mmg bgs...setiap emosi yg d bw oleh plakon berjaya menerjah masuk k dlm hati pnonton...aku boleh nmpk ade bbrp pnonton yang mengesatkan air mata..hmm hebatkan...mmg aku akan cari naskhah ini....

0 ulasan:

Catat Ulasan